tarikh

Isnin, 31 Oktober 2011

eKasih

www.ekasih.gov.my

Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Daftar Sekarang Secara Online di Internet.

Jumaat, 1 Julai 2011

Jualan Kuih Raya - Murah Aje

Disini dipaparkan kuih raya untuk tahun ini. Kami Haza Enterprise ada menyediakan tempahan kuih raya 2011. Setiap satu jenis kuih berharga RM13 sekotak. Dalam satu kotak ade 54 biji.

Sebarang tempahan boleh la menghubungi Halida (017-4711353) atau Hamidah (016-4102762)
atau emailkan kepada hazaenterprise@blogspot.com. Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang mendatang..
















Jumaat, 19 November 2010

Waktu Pembukaan (Update)

Waktu Pembukaan CyberCafe Haza Kini Beroperasi Seperti Berikut :-

Setiap Hari = Bermula Jam 9:00 Pagi - 10:00 Malam.
Hari Jumaat = Rehat bermula 12:15 tghri dan dibuka semula pada jam 2:20ptg.


Sabtu, 14 Ogos 2010

Pelanggan Kami Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

Kepada pengunjung kami yang dikasehi sekalian:-

Disini saya serta beberapa gambar pelanggan kami yang turut datang mengunjungi dan menggunakan perkhidmatan di cyber cafe haza ini di bulan ramdhan ini:-



















Emm.. ade yang sampai tk perasan pun..jurukamera ambik gambar nie... punya ralik dengan internet...















Ade yang sampai berasak-asak nie...






En. Azizi pula berposing baik punya... che wah control macho pulak... apa pun itulah kerja2 yang harus dilakukan oleh En. Azizi nie di dalam melayan karenah pelanggan. Alhamdulillah setakat nie mendapat sambutan yang amat baik dari masyarakat Kg. Perak nie.

Apa yang penting... dunia IT ini harus diterokai dan kita tidak boleh lari daripadanya. Manakan tidak , hand phone kita dh pun ade pelbagai aplikasi termasuklah kemudahan wifi. Apo nak dikato lagi ha...timo ajela.


Ok...jumpa lagi. Nie posa ke nie.. jgn tk posa tau... rebutlah ramadhan yang datang nie...dan kita tk tentu utk jumpa lagi pada ramadhan yang akan datang. peace no war.

Selasa, 10 Ogos 2010

Waktu Operasi Cyber Cafe Haza Sempena Ramadhan

Kepada Pelanggan Yang Dihormati Sekalian,

Jadual Waktu Operasi Cyber Cafe Haza beroperasi sempena bulan ramadhan nie adalah seperti berikut :-


Waktu Buka : 8:30 Pagi
Waktu Tutup : 5:30 Petang
Rehat cam biasa 1:00 Petang - 2:00 Petang

Waktu malam : TUTUP (Jom pi solat terawih ramai-ramai InsyaAllah)

.... Sedikit bingkisan sempena Ramadhan ....

Saban tahun kita mencuba untuk benar-benar dapat kembali kepada fitrah. Berpuluh-puluh tahun kita menyambut ramadhan dengan cukup bilangan puasanya. Namun sejauh mana bulan yang penuh kasih sayang Allah SWT dengan keampunanNya mampu benar-benar menjadikan kita hamba yang bertaqwa. Hamba yang bertaqwa itu mudah iaitu mengikut kehendak Allah atau dengan nama lain berserah. Kembali kepada fitrah itu adalah kembali kepada sifat sebenar diri kita..sentiasa ingin dekat dengan Allah SWT.- petikan dari eBook Fuad Latip

Isnin, 9 Ogos 2010

Kisah Ayahanda Kami Memancing Ikan ...

Ini merupakan al-kisah hasil tangkapan oleh Pakcik Ibrahim Bin Saari iaitu Ikan Patin seberat 16.760 KG di Pusat Memancing Kurau Stone pada 29/3/2010. Gambar di sebelah menunjukkan Pak Da berbaju biru sedang menunjukkan hasil tangkapannya kepada panel kamera Kurau Stone untuk direkodkan.

Emm.. banyak ikan yang dipancing di Kurau Stone ini. Selain daripada ikan patin , ikan yang menjadi buruan pemancing jackpot adalah ikan keli dan tongsan yang mana lebih berat mahupun ikan yang mempunyai tanda menjadi rebutan.

Nasib Pak Da menjadi dengan hasil dari tangkapan ini, Pak Da mendapat jackpot bernilai wang tunai RM 1778.10. Ikan ini terpaksa diserahkan kembali kepada penganjur. Alahai .... Emm tak dapat ikan ... tapi dapat duit. Begitulah kisahnya sebahagian aktivti masyarakat di Batu Kurau ni. Ade banyak lagi... Tahniah abah.

Kaki Pancing The Club...

Isnin, 2 Ogos 2010

Gambar Kedai Cyber Cafe Haza Enterprise

Assalamualaikum,

Kepada Para Pengunjung Yang Dihormati Sekalian,

Terima kasih di atas kunjungan anda di laman blog nie. Pada hari ini saya sertakan beberapa gambar mengenai Cyber Cafe yang telah pun mula beroperasi pada hari ini 2/08/2010.


Ini adalah beberapa panduan yang terdapat di dalam Cyber Cafe ini. Ianya sebagai panduan untuk para pelanggan yang datang ke Cyber Cafe ini untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan.
Gambar ini pula adalah gambar hadapan kedai.


Kedai ini berhadapan dengan Masjid Kg. Perak.

Keadaan PC2 di dalam kedai ini.



Ini adalah En. Azizi Nazmi. Beliau merupakan orang yang penting menjalankan tugasnya di kedai ini dengan memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami. En. Azizi Nazmi adalah merupakan anak tempatan Kg. Perak. My Expert people.


Sekadar dulu maklumat terkini mengenai cyber cafe ini. Jumpa lagi di lain masa. TQ.